Wednesday, September 9, 2009

09.09.09

SALAM 09-09-09!!!!

Satu hari yang istimewa untuk semua di mana hari ini tarikh terbentuk menjadi 09-09-09! Kalau nak tunggu angka ni muncul lagi adalah pada tahun 2109 nanti! Masa tu Paknil dah jadi fosil kot!
Yang indahnya, tarikh ini jatuh pada 19 Ramadhan 1430 (10 hari menjelang Syawal) dan ketika kita tengah berpuasa. 10 malam terakhir dibulan Ramadhan ini juga merupakan hari-hari besar kerana Lailatul Qadar turun ke bumi. Marilah kita perbanyakkan membaca Al-Quran dan bersolat sunat bermunajad di sepertiga malam.
Itulah kebesaran bulan Ramadhan. Pahala berpuasa di siang hari digandakan pula di malam. Jom kita ambil kesempatan ini untuk mengejar seberapa banyak pahala kerana belum tentu Ramadhan yang depan kita masih di sini!
09-09-09

No comments:

Post a Comment